Saturday, March 5, 2011

Hazwan Faiz @ hentakbelipat

esok,6 Mac 2011 hari istimewa salah seorang insan yang best dalam hidup aku..tahun 2011 ni aku rasa cukup 8 tahun aku kawan dengan dia rasanya..sempena harijadi mamat ni yang bakal menghentam usia 24 tahun esoknya,aku nak bercerita serba sedikit mengenai Hazwan Faiz atau aku lebih gemar panggil Stakok...dah biasa begitu...agak geli kalau panggil Hazwan ke,Faiz ke..tak cool langsung...hahaha..aku ingat lagi mula-mula masa aku kenal dia ni..masa tu aku rasa aku baru masuk Samura..dia dengan Yuyu,Stacap adalah antara insan-insan pertama yang jadi kawan aku...dari mula hari pertama kenal si Stakok ni aku rasa memang aku akan kawan lama dengan dia..si Stakok ni aku rasa memanglah antara kawan paling best penah aku ada..seronok aku kawan  dengan dia ni..kepala otak dia gila lain macam..dekat Samura kalau buat aktiviti jenayah,wajib ada aku dengan dia..tak lengkap jenayah kalau kami dua takda..rapatnya aku ngan si Stakok ni membawa aku ke rumahnya..dari situ aku mula rapat pula dengan mak,ayah dan kakaknya..dah rasa macam keluarga aku sendiri..Stakok ni juga manusia pertama jumpa urat sensitif aku..entah mana dia jumpa..mengeliat pelik tiap kali kena tumbuk...dia jugaklah sumber inspirasi untuk aku diet dan menjadi kurus..kagum aku dengan kau sahabat..dan sahabatku Hazwan Faiz Bin Abdul Rahim @ Stakok,aku pun tak tahu lagi nak merepek apa..cuma aku harap sedikit nukilan aku ini dapat menghargai kau sebagai salah seorang sahabat aku yang paling cool,best,kacak,gagah dan aku harap persahabatan kita kekal hingga ke akhirat..amin


Selamat Hari Lahir ke 24 tahun wahai Sahabat.....moga kau makin sukses dari hari ke hari!! 

No comments:

Post a Comment