Friday, March 11, 2011

Andriy Mykolayovich Shevchenko

tiba-tiba petang jumaat hari ni aku rasa boring dan malas semacam.aku pun tak tahu kenapa.mungkin sebab cuaca dingin agaknya.dan petang-petang yang bosan macam ni la aku tiba-tiba terfikir nak buat entri pasal idola bolasepak aku,Andriy Mykolayovich Shevchenko atau lebih mesra dengan nama-nama gelarannya seperti Sheva,Shev & Andrei.alaa.kau orang nampak gambar player bolasepak kena peluk dengan peminat dekat kepala blog aku ni?tu lah Shevchenko.haha..di sini aku nak cerita sikit pasal idola aku ni.dia ni lahir dekat Dvirkivschyna,Ukraine pada tanggal 29 September 1976 dan kini dia berusia 34 Tahun.dah tua dah mamat ni.tapi tua tak tua.aku tetap minat kau walaupun sekarang ni dah macam-macam bintang bolasepak muncul macam Lionel Messi,Cristiano Ronaldo,Wayne Rooney,Edin Dzeko,Carlos Tevez dan yang sewaktu dengannya.karier Shevchenko ni bermula dekat kelab negara dia,Dynamo Kiev dari tahun 1994 sampai 1999.disebabkan kehebatan dia yang rajin menjaringkan gol,AC Milan pun belilah si Sheva ni pada 1999.dia main dekat situ sampai tahun 2006.lama kan?dan aku rasa dekat AC Milan la tempat dia berada di kemuncak prestasi.sebabnya,dekat AC Milan dia menang UEFA Champions League,anugerah Ballon d'Or 2004,penjaring terbanyak kejohanan eropah sepanjang zaman(sekarang Raul Gonzalez pegang rekod tu.Shevchenko dah jatuh jadi nombor tiga).banyak lagilah yang dia menang.pada tahun 2005,terdengar ura-ura yang dia nak pindah ke Chelsea FC.tapi berita tu senyap macam tu saja.tapi pada 2006,selepas Piala Dunia 2006,akhirnya dia berpindah ke Chelsea FC.aku memang melonjak sambil sebut HUYOH! banyak kali sebab aku ni kipassusahmati Chelsea FC.nampak macam masuk saja si Shevchenko ni dengan taktikal Chelsea masa perlawanan pertama dia.siap jaringkan gol lagi.tapi bak kata kata pepatah,hidup ini ibarat roda,kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang kita di bawah.Shevchenko mula ketandusan gol selapas itu.aku mula risau sebab dia idola aku.tapi minat aku terhadap dia tak pernah pudar.musim pertama dia di Chelsea memang suram.musim kedua nampak petanda dia akan kembali temui sentuhan gol dia.tapi bila dah mula jaringkan gol,dia pulak cedera.bila dah cedera,Chelsea beli pulak si Nicholas Anelka.semakin berkurangan la peluang dia nak masuk dalam kesebelasan utama.masuk musim ketiga dia dekat Chelsea,dia ambil keputusan untuk kembali ke AC Milan sebagai pemain pinjaman.ramai berpendapat Carlo Ancelotti adalah orang yang betul untuk kembalikan prestasi Sheva ke tahap asal.namun Sheva terus dirundung malang dan dia gagal temui sentuhan pemusnahnya.mungkin sebab atas faktor usia(dia berusia 32 Tahun masa tu).tamat saja tempoh pinjaman,dia kembali ke Chelsea dan Chelsea telah melantik Carlo Ancelotti sebagai pengurus yang baru dan Ancelotti telah memberitahu Sheva yang dia tidak akan berada dalam kesebelasan utama skuad Chelsea sekiranya dia kekal.Chelsea FC dan Shevchenko kemudian mencapai persetujuan untuk membenarkan Shevchenko meninggalkan Chelsea walaupun dia masih berbaki setahun dari kontrak asalnya.dia kemudian kembali menyertai kelab lamanya di Ukraine,Dynamo Kiev dengan kontrak selama dua tahun.peminat menyambutnya dengan meriah kerana hero mereka sudah kembali.dari apa yang aku nampak,Shevchenko memang gembira dapat kembali ke Dynamo Kiev.dia diberikan nombor keramatnya iaitu nombor 7.dan dia kekal di sana hinggalah ke hari ini.panjang sungguh aku menaip.kalaulah kau dapat baca dan paham blog aku ni,aku nak kau tahu betapa aku minat gila dekat kau tahu!kau lah idola bola sepak aku selamanya.satu hari nanti aku akan cari jersi Dynamo Kiev yang ada nama kau.nak cari sekarang memang tak dapatlah.duit pun takda.dan aku harap satu hari nanti aku akan jumpa kau secara live.aku nk bergambar dan mintak tandantangan kau tahu!!cukuplah setakat ini aku menulis pasal kau.biarlah orang nak kata apa atau orang taknak baca nukilan aku ni.janji aku puas hati dapat bercerita pasal kau wahai Andriy Shevchenko!!semoga kau berjaya walau di mana jua kau berada wahai hero ku!!!


Monday, March 7, 2011

Kipas Susah Mati

tiba-tiba di kala dingin subuh 7 Mac 2011 ni aku dapat idea nak buat entri.kali ni aku nak tulis pasal Kipas Susah Mati atau dalam english disebut Die Hard Fan.aku ni kipas susah mati Chelsea FC.bila Chelsea menang,aku memang suka.bila Chelsea kalah,memang aku kecewa dan aku emosi.tapi aku emosi sorang-sorang.aku tak kacau orang,aku tak kutuk team yang kalahkan Chelsea dan aku tak kutuk juga team-team lain.pada aku,tak perlu nak kutuk team lain atau emosi kau tu lebih-lebih macam kau kena tinggal dengan bini kau.tak perlu.sebabnya bila kau kutuk team lain,kau kena fikir satu benda.cuba kau ada dekat tempat penyokong team yang kau kutuk tu.apa perasaan kau?marah kan?siapa yang kipas susah mati gerenti marah punya kalau team dia kena kutuk.jadi,aku nak cakap pada kipas susah mati Manchester United,Arsenal FC,Liverpool FC,Chelsea FC dan sewaktu dengannya,sokonglah team pilihan anda.tak salah jadi kipas susah mati.yang salahnya bila kau emosi terlebih dan kutuk team lain..tak perlu.cukup sekadar kau suka yang amat sangat kalau team kau menang dan kau kecewa yang amat sangat bila team kau kalah TAPI tak perlu nak emosi lebih-lebih,kutuk team lain,mempersoalkan kebolehan team tersebut dekat status facebook ke,tagged ke,twitter ke dan sebagainya.sebab dari perbuatan kau tu mungkin menyebabkan kawan kau emosi pula dengan kau,masam muka dengan kau,rasa nak tumbuk muka kau,rasa nak tendang perut kau laju-laju dan macam-macam lagi.kenapa kawan kau boleh jadi macam tu?sebab kau jugalah.jadilah kipas susah mati yang tidak menyakitkan hati orang.hidup pun aman dan tak dibenci orang..sekian.

P/S:pada kipas susah mati yang suka emosi lebih-lebih,cuba bagitau aku antara pengurus-pengurus dekat atas ni,siapa yang bagi kau duit tiap kali kau menyalak dekat facebook,twitter?Ferguson?Dalglish?Wenger?Ancelotti?berapa kau dapat?nak juga aku tahu..mana tahu boleh pinjam sikit buat makan kan.(gambar sumber Google)

Saturday, March 5, 2011

Hazwan Faiz @ hentakbelipat

esok,6 Mac 2011 hari istimewa salah seorang insan yang best dalam hidup aku..tahun 2011 ni aku rasa cukup 8 tahun aku kawan dengan dia rasanya..sempena harijadi mamat ni yang bakal menghentam usia 24 tahun esoknya,aku nak bercerita serba sedikit mengenai Hazwan Faiz atau aku lebih gemar panggil Stakok...dah biasa begitu...agak geli kalau panggil Hazwan ke,Faiz ke..tak cool langsung...hahaha..aku ingat lagi mula-mula masa aku kenal dia ni..masa tu aku rasa aku baru masuk Samura..dia dengan Yuyu,Stacap adalah antara insan-insan pertama yang jadi kawan aku...dari mula hari pertama kenal si Stakok ni aku rasa memang aku akan kawan lama dengan dia..si Stakok ni aku rasa memanglah antara kawan paling best penah aku ada..seronok aku kawan  dengan dia ni..kepala otak dia gila lain macam..dekat Samura kalau buat aktiviti jenayah,wajib ada aku dengan dia..tak lengkap jenayah kalau kami dua takda..rapatnya aku ngan si Stakok ni membawa aku ke rumahnya..dari situ aku mula rapat pula dengan mak,ayah dan kakaknya..dah rasa macam keluarga aku sendiri..Stakok ni juga manusia pertama jumpa urat sensitif aku..entah mana dia jumpa..mengeliat pelik tiap kali kena tumbuk...dia jugaklah sumber inspirasi untuk aku diet dan menjadi kurus..kagum aku dengan kau sahabat..dan sahabatku Hazwan Faiz Bin Abdul Rahim @ Stakok,aku pun tak tahu lagi nak merepek apa..cuma aku harap sedikit nukilan aku ini dapat menghargai kau sebagai salah seorang sahabat aku yang paling cool,best,kacak,gagah dan aku harap persahabatan kita kekal hingga ke akhirat..amin


Selamat Hari Lahir ke 24 tahun wahai Sahabat.....moga kau makin sukses dari hari ke hari!! 

Tuesday, February 1, 2011

Chelsea Football Club

Hari ini aku sangat gembira sebab Fernando Torres sudah bergelar pemain Chelsea Football Club....oh yeah oh yeah oh yeah...aku tak tidur tahu sebab nak tunggu pengesahan perpindahan mamat sepanyol ni....sangat teruja oi!!!haraplah pembelian 50 juta pound ini berbaloi seperti harganya...hahaha....selamat datang ke Chelsea Football Club Fernando Torres...nombor 9 menanti anda untuk di isi...KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH!!!!!

Friday, December 17, 2010

Terlampau Bijak

di sini entri kedua aku selepas entri pengenalan diri.....aku nak berkongsi kisah lawak yang aku petik dari majalah  Mastika...saja aku nak kongsi dengan kawan-kawan blogger...aku baca saja aku dah gelak tak ingat dunia..kisah seorang murid dengan cikgu sekolahnya..aku buat kelainan sikit dari dialog asal.

Cikgu : Murid-murid semua..hari ini cikgu nak kamu semua buat satu ayat berdasarkan perkataan "tepung"...siapa yang boleh buat?
Ali : Saya cikgu!!saya nak cuba!!
Cikgu : Baiklah..cuba sebut ayat kamu.
Ali : Itu senang saja cikgu...ayatnya begini cikgu.."Emak sedang membuat kek di dapur!!"
Cikgu : Mana "tepung" nya?
Ali : Tepung kan dalam kek tu..cikgu tak sekolah ke?

Kalau aku jadi cikgu si Ali ni,dah lama dah aku tumbuk perut dia laju-laju...

Thursday, December 16, 2010

hai hai hai hai!!!

assalamualaikum kepada semua blogger...aku individu yang baru mula nak memasuki arena blog..harap diberikan tunjuk ajar....NICE TO MEET ALL OF YOU!!!