Friday, March 11, 2011

Andriy Mykolayovich Shevchenko

tiba-tiba petang jumaat hari ni aku rasa boring dan malas semacam.aku pun tak tahu kenapa.mungkin sebab cuaca dingin agaknya.dan petang-petang yang bosan macam ni la aku tiba-tiba terfikir nak buat entri pasal idola bolasepak aku,Andriy Mykolayovich Shevchenko atau lebih mesra dengan nama-nama gelarannya seperti Sheva,Shev & Andrei.alaa.kau orang nampak gambar player bolasepak kena peluk dengan peminat dekat kepala blog aku ni?tu lah Shevchenko.haha..di sini aku nak cerita sikit pasal idola aku ni.dia ni lahir dekat Dvirkivschyna,Ukraine pada tanggal 29 September 1976 dan kini dia berusia 34 Tahun.dah tua dah mamat ni.tapi tua tak tua.aku tetap minat kau walaupun sekarang ni dah macam-macam bintang bolasepak muncul macam Lionel Messi,Cristiano Ronaldo,Wayne Rooney,Edin Dzeko,Carlos Tevez dan yang sewaktu dengannya.karier Shevchenko ni bermula dekat kelab negara dia,Dynamo Kiev dari tahun 1994 sampai 1999.disebabkan kehebatan dia yang rajin menjaringkan gol,AC Milan pun belilah si Sheva ni pada 1999.dia main dekat situ sampai tahun 2006.lama kan?dan aku rasa dekat AC Milan la tempat dia berada di kemuncak prestasi.sebabnya,dekat AC Milan dia menang UEFA Champions League,anugerah Ballon d'Or 2004,penjaring terbanyak kejohanan eropah sepanjang zaman(sekarang Raul Gonzalez pegang rekod tu.Shevchenko dah jatuh jadi nombor tiga).banyak lagilah yang dia menang.pada tahun 2005,terdengar ura-ura yang dia nak pindah ke Chelsea FC.tapi berita tu senyap macam tu saja.tapi pada 2006,selepas Piala Dunia 2006,akhirnya dia berpindah ke Chelsea FC.aku memang melonjak sambil sebut HUYOH! banyak kali sebab aku ni kipassusahmati Chelsea FC.nampak macam masuk saja si Shevchenko ni dengan taktikal Chelsea masa perlawanan pertama dia.siap jaringkan gol lagi.tapi bak kata kata pepatah,hidup ini ibarat roda,kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang kita di bawah.Shevchenko mula ketandusan gol selapas itu.aku mula risau sebab dia idola aku.tapi minat aku terhadap dia tak pernah pudar.musim pertama dia di Chelsea memang suram.musim kedua nampak petanda dia akan kembali temui sentuhan gol dia.tapi bila dah mula jaringkan gol,dia pulak cedera.bila dah cedera,Chelsea beli pulak si Nicholas Anelka.semakin berkurangan la peluang dia nak masuk dalam kesebelasan utama.masuk musim ketiga dia dekat Chelsea,dia ambil keputusan untuk kembali ke AC Milan sebagai pemain pinjaman.ramai berpendapat Carlo Ancelotti adalah orang yang betul untuk kembalikan prestasi Sheva ke tahap asal.namun Sheva terus dirundung malang dan dia gagal temui sentuhan pemusnahnya.mungkin sebab atas faktor usia(dia berusia 32 Tahun masa tu).tamat saja tempoh pinjaman,dia kembali ke Chelsea dan Chelsea telah melantik Carlo Ancelotti sebagai pengurus yang baru dan Ancelotti telah memberitahu Sheva yang dia tidak akan berada dalam kesebelasan utama skuad Chelsea sekiranya dia kekal.Chelsea FC dan Shevchenko kemudian mencapai persetujuan untuk membenarkan Shevchenko meninggalkan Chelsea walaupun dia masih berbaki setahun dari kontrak asalnya.dia kemudian kembali menyertai kelab lamanya di Ukraine,Dynamo Kiev dengan kontrak selama dua tahun.peminat menyambutnya dengan meriah kerana hero mereka sudah kembali.dari apa yang aku nampak,Shevchenko memang gembira dapat kembali ke Dynamo Kiev.dia diberikan nombor keramatnya iaitu nombor 7.dan dia kekal di sana hinggalah ke hari ini.panjang sungguh aku menaip.kalaulah kau dapat baca dan paham blog aku ni,aku nak kau tahu betapa aku minat gila dekat kau tahu!kau lah idola bola sepak aku selamanya.satu hari nanti aku akan cari jersi Dynamo Kiev yang ada nama kau.nak cari sekarang memang tak dapatlah.duit pun takda.dan aku harap satu hari nanti aku akan jumpa kau secara live.aku nk bergambar dan mintak tandantangan kau tahu!!cukuplah setakat ini aku menulis pasal kau.biarlah orang nak kata apa atau orang taknak baca nukilan aku ni.janji aku puas hati dapat bercerita pasal kau wahai Andriy Shevchenko!!semoga kau berjaya walau di mana jua kau berada wahai hero ku!!!


3 comments:

  1. kimak..reti perenggan x? kau ingat ni surat cinte ke ape - anon yang suke tumbuk urat kau hahaha

    ReplyDelete
  2. kah2.terbaik bad..aku mmg minat gila jgk mamat ni..tp sayangnya, minat aku kpd milan melebihi minat kpd player..gol terakhir dia sblm pindah p chelsea ialah masa UCL semi final 2nd leg vs barca, 2006, tp ruled out konon2 foul on puyol..padahal x dak apa pn.. http://www.youtube.com/watch?v=O4_KUczbX8M
    sila tonton..

    -paansalleh

    ReplyDelete
  3. stakok=wa malas nak perenggan2...haha..cibai pakai nama aseng..pkai lah hentakbelipat..baru up sket blog aku...

    paan=hahaha...aku minat gila beb dengan dia..ayat2 kat atas nih aku karang dari otak aku ja..takdaknya nk mengarang dulu baru taip..tuh menunjukkan aku minat gila kat dia..damn!

    ReplyDelete